Thursday, 17 March 2011

hAti iNi~~

saat bulan datang menggantikan mentari
bintang satria mula menampak seri
indahnya alam ciptaan MU ini
membuatkan daku mula memahami

aku tidak pernah sendiri
walau tidak punya teman untuk berkongsi
aku masih punya alam ini
aku masih punya mentari

kasihku tak pernah kau hinggapi
kerana aku cuma tempat untukmu isi
hanya ketika dirinya menjauh pergi
meninggalkan dirimu seorang diri tanpa pesan dan identiti

kerana cintaku tak pernah kau hargai
walau untuk singgah sekejap di laman hati
aku tetap tersiksa seluruh nurani
cuma satu yang aku pinta

janganlah sesekali kau melukai
hatinya bagai pedihnya hati aku ini
aku tetap meredhai apa yang terjadi
kerana ku pasti tuhan itu maha mengetahui

xoxo..

No comments:

Post a Comment