Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup, sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.
Tiada penyakit yang tiada penawar,kecuali ajal yang mula mendekati..sedih juge ade pnawar'e..insyaAllah..kenapa perlu bersedih setiap masa,sedih itu perlu tetapi perlu ade batasnya..Allah ade stiap mase,jgn lupakan-NYA semasa gembira dan mula mencari ketika sedih..sewajarnya sentiasa berada dihati setiap masa dan ketika..
Dapatkan lah motivasi dari org yang boleh membawa kita kearah kebaikan dan selalu mendekati-NYA.kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukannya mengikut telunjuk syaitan.
Janganlah kau bersedih wahai jiwa.Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

Nah, lekas hilangkan airmata dukamu beriringan penawar tersedia!
No comments:
Post a Comment