Tuesday 26 April 2011

besar sungguh dugaan mu ini...

bila terciptanya hawa adalah dari tulang rusuk adam..
erm,insyaAllah...kte akn b'jmpe nan org yang d'tkdirkan untuk kite..
tetapi kdg2 tu Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah untuk membuatkan kita berfikir bahawa setiap kejadian yang diciptakan ini akan berfikir bahawa hanya DIA yang berkuasa untuk menentukan segalanya.
kita hanya merancamg dan merancang sahaja...

oleh itu,biarlah kita mencintai DIA sebelum kite mengasihi orang lain...
kuatkan semangat kita untuk menghadapi dugaan yang menimpa,kerana DIA akan menyediakan sesuatu yang kita tidak jangka,walaupun benda itu lambat,tapi ALLAH tidak akan menghampakan hambanya yang mentaatinya..insyaAllah...
hanya padaNYA kita berserah..apa yang kita perlu buat,hanya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik...

kadang kala aku semakin tidak berdaya untuk menghdapinya,,tetapi aku mencuba dan mencuba...
selagi termampu,selag terdaya,akan aku cuba untuk menghadapinya..
ku serahkan pada tangan mu untuk memberiku jawapan yang sebetulnya..

berilah semangat yang tekad bagi melalui ranjau kehidupan yang lebih mencabar..
mencuba untuk muhasabah diri ini menjadi yang lebih kuat..

xoxo..:)

Sunday 24 April 2011

perlunya kesabaran..

bukan semua benda yang kita dah dapat tu akan jadi milik kita utuhnya..
memang benda tu kadg2 kita tak jangka akan lesap jew..
ape yang kita perlu buat hanyalah berdoa agar semuanya berjalan lancar..
terima saja apa yang akan mendtang,sebab ALLAH tak kan mnguji hambanya jikalau hambanya itu lmah..
kita hanya perlu menerima dgn tgn yang terbuka dan sabar..
ikhlas kan aty bahawa Allah menguji untuk memberikan kita sesuatu benda yang lebih n lebih baik dari yang kita ada sebelum ni..

hmmmm...lumrah hidup..smue org akan merasa keperitan..
sperti ape yang aku alami,,bile khlngan org tersayng selama-lamanya...
membuatkan aku trasa ALLAH tidak menyayangi ku..tetapi itu merupakan satu bentuk DIA mengasihi ku,
kemudiannya didatangi kepada org sekeliling yang sangat menyayangi dan mengambil berat terhadap ku..
walaupun kadangkala,haty ini kosong...tetapi ku kuatkan tekad untuk menyayangi cintamu yang agung sebelum cinta manusia yang akan hilang dimamah kehidupan..

apa yang aku perlu hanyalah,sokongan dan dorongan daripada sekalian sahabat dan alam sekeliling untuk lebih memuhasabahkan diri ini menjadi org yang sentiasa berusaha untuk merubah diri sendiri..

i m y mom...
full of my heart....

insyaAllah...:
xoxo...:))

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya..InsyaALLAH..

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Saturday 23 April 2011

i'm a gurl..heheh

ahahah...tjuk cam hangit jew ader r...
bkn pew,just want give to know dat i'm a gurl...
bkn nk jd blogger yg ta nk gtaw sape diri sndri...
but,bebas kan....sy tahu diri saya...
hanya ingin berkongsi,xde maksud lain...
sje jer post bnde ngrut ni...:))
xoxo...

Monday 4 April 2011

10 rahsia resepi cinta...

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa

yang aku hormati dalam diri mereka?”.



3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.

Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.



5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,

menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..



6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?



8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia

dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.



9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.



credit to my frenz:giv dis to make be think n think...
syg ko sesgt....ahahha